Saturday 28 March 2015

Perkara tentang sistem Emas ETA yang mesti anda tahu

KOMEN TENTANG SISTEM EMAS ETA
oleh : Tn Azizi Ali
  1. Sebelum saya komen tentang emas ETA ini, saya perlu terangkan 4 perkara: (a) saya mula melabur dalam emas pada awal tahun 1990an, lama sebelum kebanyakkan orang (termasuk mereka yang buat komen di Fan Page ini) dan malah sebelum sesetengah orang lahir lagi; (b) saya telah menulis dua buah buku (1 fizikal dan 1 ebook) tentang emas dan juga menganjurkan banyak seminar tentang pelaburan ini; (c) jumlah pelaburan emas peribadi saya adalah substantial; (d) saya pemegang designation Chartered Financial Consultant (ChFC) yang bermakna saya telah menjalani latihan formal dan layak untuk memberi nasihat kewangan peribadi.
2. Tujuan saya bermula dengan poin (1) ialah untuk memberitahu sesetengah pihak yang saya lebih daripada layak untuk memberikan komen tentang subjek ini, dan bukan untuk riak. Jika tidak, adalah hamba Allah yang akan berkata saya hanya ‘tuan tanah’ dan tak tahu menahu tentang emas.
3. Baik, sekarang setelah itu diterangkan, berikut adalah komen saya tentang sistem emas ETA ini: Pertamanya ia boleh dibahagikan kepada 2 aktiviti: (1) pengusaha/supplier (perlu jual kepada orang lain); (2) pelabur (tak perlu jual kepada orang lain). Anda boleh buat satu atau kedua-dua aktiviti itu.
4. Sudah tentu mereka yang mempunyai kepentingan dalam sistem ini akan menceritakan yang indah-indah saja: ianya senang untuk dilakukan (orang tak pas SPM pun boleh buat), pembeli beratur untuk membeli emas anda, dan untungnya berlipat ganda.
5. Berikut adalah cerita disebalik tabir: untuk menjayakan bisnes ini secara konsisten, pengusaha perlu 3 elemen: modal yang besar, supply emas yang besar dan konsisten, dan supply pembeli yang besar dan konsisten.
6. Oleh kerana ramai pengusaha tidak mempunyai modal yang besar, itulah salah satu sebabnya mereka menggunakan fasiliti gadaian ar-rahnu, yang merupakan langkah meminjam wang dengan kadar bayaran balik yang tinggi i.e. boleh mencapai 18% setahun. (Poin ini telah saya komen pada post yang bertarikh 10 dan 12 Nov.)
7. Elemen yang kedua dan ketiga adalah kritikal kerana bisnes ini main masa (7 hari, 14 hari, dsb). Jika supply emas dan supply pembeli tergendala, maka bisnes ini akan pincang, yang akan membawa masalah kepada pengusaha yang akan membawa kerugian.
8. Apa yang menambahkan risiko kepada semua pihak – pengusaha dan pelabur – ialah harga transaksi ditetapkan lebih awal walhal harga emas semas naik turun setiap hari, malah ia naik turun setiap minit! Harga emas pula amat volatile (mudah meruap), yakni boleh naik turun dengan mendadak. Apabila harganya naik atau turun dengan mendadak, ramai orang akan terperangkap – yang PASTI akan berlaku.
9. Pelabur menanggung risiko yang mungkin tidak disedarinya: jika pengusaha/supplier itu mati, accident, berhenti berniaga (sebab dia buat part-time saja) atau melarikan diri sebelum pelabur mendapat emas yang dibeli (masih dalam tempoh ETA), pelabur akan menanggung kerugian.
10. Jika harga emas naik mendadak dalam masa ETA tersebut, pengusaha mungkin enggan menyerahkan emas itu kepada pelabur kerana dia akan menanggung kerugian.
11. Dan jika harga emas jatuh merudum dalam masa ETA pula, pelabur akan menanggung kerugian.
12. Jika emas yang diberikan oleh pengusaha bukan yang tulin, pelabur akan menanggung kerugian. Ini PASTI akan berlaku – hanya menunggu masa saja! (Realitinya ialah ramai orang tidak tahu bagaimana untuk mengenal pasti emas yang tulin dan yang palsu.)
13. Produk emas yang sama boleh dijual kepada ramai pelabur (sudah tentu tanpa pengetahuan pelabur tersebut). Ini bermakna semua pelabur akan tersangkut jika dan bila berlaku apa-apa masalah yang disebut dalam poin 9.
14. Jika ada pembayaran hibah, hadiah atau dividen kepada pelabur, sistem ini telah menjadi pelaburan dan oleh itu menyalahi undang-undang. (Pengusaha perlu mendapat kelulusan daripada BNM sebelum boleh menjual produk pelaburan di Malaysia.)
15. Nama salah satu pengusaha utama emas ETA – syarikat Darul Emas Perak Berhad – ada dalam blacklist BNM. Bukankah amaran yang sebesar dinosaur ini lebih daripada cukup untuk membuatkan anda melarikan diri jauh daripadanya?
16. Jadi seperti yang boleh dilihat, risiko dalam bisnes ini amat tinggi. Malah, ianya jauh lebih tinggi daripada bisnes-bisnes biasa. Bayangkan: anda mempunyai masalah untuk membuat untung daripada bisnes yang kos produknya tetap; bagaimana untuk mendapat untung daripada bisnes yang kos produknya begitu volatile? Ingat: nak beli emas itu senang; nak jual emas itu pada harga yang dikehendaki tak begitu senang!
17. Kesimpulannya? Walaupun ada segelintir individu yang buat duit daripada bisnes ini, kebanyakkan peserta akan menanggung kerugian dan kesalan.
18. Sudah tentu saya boleh silap. Jadi untuk menentukan kesahihan sistem dan pengusaha emas ETA ini, sila telefon BNM Telelink di 1-300-88-5465. Ingat – WANG ANDA yang dipertaruhkan!
19. Apa yang menarik tentang semua ini ialah bagaimana mereka yang aktif dalam emas ETA ini tidak menjawab/komen poin 3 hingga 18. Yang dia concentrate ialah untuk ‘menyerang’ poin 1!
khazanah bangsa

Thursday 7 August 2014


7 Tips Penting Sebelum Beli Emas

Tips Membeli Emas, itulah  tajuk post pada kali ini. saya ingin berkongsi sedikit panduandan tips membeli emas, saya percaya ramai diluar sana yang telah mempunyai kesedaran menukarkan sebahagian duit kertas mereka kepada emas fizikal samada emas perhiasan ataupun emas untuk simpanan.

cuma nya ramai yang kurang pasti di mana platform terbaik untuk dapatkan emas tulen fizikal tersebut pada harga yang lebih murah dari kedai emas. betul tak ?

baru baru ni ada keluar satu artikel dalam berita harian bertarikh 16 mac 2013 mengenai  ciri-ciri atau panduan untuk orang ramai sebelum mengambil keputusan untuk membeli emas. 

saya kongsikan gambar yang diambil dari rakan facebook saya untuk perkongsian bersama.

panduan beli emas

Gambar ini adalah daripada suratkhabar BH pada 16/3/2013 mengenai panduan membeli emas.

saya ulas sedikit : 

1) Beli barang kemas 999 atau 916 sahaja. ( bukan yang plated atau ada hiasan2 tambahan lain kerana akan menyebabkan banyak susut nilai pada barang kemas tersebut )

2) Beli barang kemas padu atau tumpat ( supaya tahan dalam simpanan atau mudah untuk di ar rahnu kan )

3) Elakkan membeli barang kemas yang ada batu permata ( pasti susut nilai barang kemasnya sangat tinggi )

4) Simpan resit belian. (bagi memudahkan urusan jualan semula ataupun urusan masuk keluar ar rahnu)

5) Jangan beli emas putih. ( sesuai untuk perhiasan dan memang nampak cantik, tetapi akan susut nilai pada jualan semula )

6) Cari kos upah paling rendah. ( cuba nego kos upah, kerana masa jualan semula kos upah tidak dikira,  hanya dikira harga emas tulen semasa )

7) JANGAN BELI EMAS PADA HARGA YANG LEBIH MAHAL DARI harga FGJAM. jadikan FGJAM ini sebagai benchmark anda. jika anda beli emas lagi mahal dr harga FGJAM maknanya tak lama la tuh. ( FGJAM adalah satu persatuan yang menstandardkan harga kedai emas satu malaysia, seperti kedai emas poh kong, kedai emas habib jewels, kedai emas wah chan, kedai emas pandora dan lain lain )



jadi jika anda ada apa2 ingin bertanyakan saya tentang pelaburan emas ini, tuan boleh juga email terus kepada saya di abdhakam85@gmail.com atau sms/whatsapp di 019-332 6876 saya cuba membantu yang mana termampu.

semoga perkongsian ini bermanfaat. terima kasih.

Saturday 28 June 2014

7 Cara menggandakan pelaburan dengan emas


Banyak terpapar diblog, akhbar membicarakan berganda-ganda keuntungan dengan melabur atau membeliemas, adakah benar emas menguntungkan? Bagi saya YA, emas memang menguntungkan, pengalaman saya menjalankan urusan jual beli emas dari 2012 sehingga sekarang dan pada masa yang sama, emas yang saya beli saya anggap sebagai pelaburan agak menguntungkan,
Bagaimanapun kadang-kadang emas yang dibeli terpaksa dijual pada harga rendah kerana indeks emas jatuh, kadang-kadang pula saya mendapat keuntungan dengan menjual emas yang dibeli ketika indeks rendah pada harga yang tinggi. Begitulah sebenarnya permainan emas.
Ada juga ‘customer @ pelanggan yang bertanya bagaimana boleh mereka menjana pendapatan bulanan daripada pelaburan emas, saya sebenarnya tidak pasti anda bagaimana anda boleh menjana pendapatan dengan hanya membeli dan berharap harga emas naik setiap bulan untuk overlap, mungkin ada caranya tetapi fokus saya tidak disitu, tidak kepada pelaburan.
Dengan mengharapkan kepada pelaburan sahaja (beli & simpan) saya rasa sukar untuk menjana pendapatan setiap bulan kerana harga emas ada pasang surutnya, contohnya awal tahun 2011, harga emas dari Januari hingga Mac dalam posisi menurun, bagaimana boleh menjana pendapatan? tetapi dari segi jualan, saya rasa bulan Januari hingga Mac 2011 adalah rekod terbaik saya kerana emas menjual setiap hari kerana banyak permintaan.

Saya menulis artikel ini untuk berkongsi sedikit cara kepada pelabur emas sebelum anda meneruskan pembelian emas dan cara-cara ini mungkin dapat membantu menggandakan keuntungan anda.

1.    Harga/Masa : faktor ini mungkin faktor utama dalam jual beli emas, memilih masa yang sesuai untuk membeli emas pada harga yang rendah contohnya ketika indeks emas jatuh mendadak adalah cara terbaik, tetapi sebagai pelabur yang menganggap masa itu sendiri emas, setiap jam setiap minit, peniagaan mesti mendapat keuntungan, menunggu harga emas jatuh kadang-kadang seperti menunggu kucing bertanduk, apabila sekadar menunggu, masa sendiri terbuang dan duit mungkin dibelanjakan.. Jujurnya, tiada siapa pun yang tahu bila harga emas naik atau turun, tiada siapa yang dapat mengawal harga emas walau Amerika sekalipun.

2.    Jenis emas (barang kemas/ jongkong emas) , pendapat saya, pelabur harus mengikut trend emas semasa, contohnya pada 2010 ramai pelabur membeli emas jongkong seperti pamp suisse, lady fortuna, dinar kelantan didalam portfolio pelaburan mereka, kerana nilainya ketika itu tinggi, dan sangat mudah untuk dijual, manakala pada 2011 pula, trend emas pergi kearah gelang tangan padu samada pasir atau gajah, mengikut trend semasa lebih penting dari anda memandai membeli produk dari kedai yang tidak mudah untuk dijual seperti bunga raya, kijang, atau etc. Kualiti emas mungkin sama tetapi jika permintaan untuk suatu item yang menjadi trend pembelian, ramai pembeli atau pelabur boleh membeli pada harga lebih tinggi dari harga jualan.

3.    Meningkatkan modal pelaburan: keuntungan emas semestinya berdasarkan berapa gram emas ditangan pelabur, bukan disebabkan design cantik, ataupun nilai sentimental emas kepada anda. Jika saya mempunyai kemampuan dan kelayakan untuk membuat pinjaman modal dari mana-mana institusi seperti Agrobank, Bank Rakyat, Felda dengan interest yang rendah dibawah 4% setahun, saya pasti akan membuat pinjaman. Ini kerana kenaikan harga emas sejak bertahun-tahun lalu hampir 30-40% jauh lebih tinggi dari interest pinjaman.


4.    Mengurangkan pinjaman ar-rahnu: Bagi mereka yang menggunakan platform Ar-Rahnu untuk pelaburan, cuba membayar sedikit demi sedikit ansuran kepada Bank setiap bulan untuk merendahkan caj bulanan dari 0.75% sehingga 0.50% sahaja, pelabur juga boleh mengurangkan pinjaman mereka beransur-ansur dari 70% kepada 50%, 40% mengikut kemampuan. Sehingga akhirnya emas tersebut menjadi milik anda sepenuhnya.

5.    Menjual kepada kawan: Jangan menunggu harga emas naik baru hendak menjual, selepas membeli, cuba tanya kawan-kawan anda samada mereka berminat dengan pelaburan emas? mengikut pengalaman saya, ramai yang sangat berminat dengan emas, cuma mereka tidak tahu cara, dimana dan masa untuk mencari tapak pelaburan. Saya tidak menjalankan kajian tetapi saya sangat jarang berjumpa dengan mereka yang sangat benci dengan emas, dan rumah yang tidak terisi walau sedikit pun dengan emas. Adakah anda tahu, anda boleh menjana keuntungan dari pelaburan juga dengan merujukkan(recormmend) pelanggan kepada saya.

6.    Kenali emas dan memperbanyakkan pengetahuan berkenaan emas. Apabila sudah melabur dan apa langkah seterusnya? saya cadangkan anda mengenali perniagaan emas itu sendiri, emas tidak terhad kepada jongkong atau emas 999 sahaja, ada pelbagai lagi cabang emas yang menguntungkan seperti emas 916, 750 , emas dan permata. Dengan mempelajari banyak cabang emas, mungkin anda boleh menjalankan perniagaan /carigali kecilan emas pada masa akan datang. Aktiviti carigali emas kini menjadi trend di Amerika dimana ramai yang membawa keluarga keluar bercuti sambil mengorek emas, tidak mungkin trend ini akan berjangkit kepada negara kita suatu masa akan datang.

7.    Pelaburan Baru/Produk Baru, pendapat saya, anda tidak perlu hanya mengikut satu produk sahaja dalam pelaburan anda seperti kesetiaan melampau peminat PB membeli emas mereka sahaja, banyak lagi pelaburan emas baru yang bakal muncul pada 2012 ini, contohnya dinar Pahang, Emas Rakyat, PRODUK EMAS GSR , Bagi saya GSR(gold silver resources) memberikan saya banyak pilihan dari segi produk. Tambahan pula rekabentuk barangan kemasnya sentiasa terbaru ‘up to date’ dan produknya mampu dimiliki kerana terdapat barangan yang direka dari 1g sebagai contoh anda boleh memiliki gold bar 999 dari 1g, 5g, dan 10g. Manakala cincin belah rotan juga boleh dimiliki dengan hanya dari 1g/pcs. Jadi mulakan PELABURAN EMAS anda sekarang. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

Penulis : Abdul Hakam Hashim
Website affiliate: www.gsr2u.com.my/hakam
Website personal: www.emas916.com



 











Friday 27 June 2014

REZEKI PERNIAGAAN BILA BERPAGI-PAGI


Hadis menyebut…
“Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkata dan kejayaan”Waktu pagi adalah waktu paling efektif mental dan fizikal kita selepas berehat malam hari. Orang-orang yang berjaya ramainya mengamalkan bangun awal dan memulakan kerja awal. Sekiranya anda berniaga, maka, mulakan aktiviti perniagaan anda awal pagi!
Konsep Pereto 80/20 mengatakan, 20% daripada usaha dan masa kita apabila memberi fokus yang terbaik akan memberi pulangan perniagaan dan produktiviti 80%. Sering kali, waktu pagi adalah waktu terbaik dan paling jelas minda dan tenaga kita berfungsi- beri fokus yang sebaiknya di awal setiap hari.
Salah satu kunci kejayaan adalah bangun awal. Ramai dapati sukar untuk bangun awal pagi, ubatnya adalah tidur lebih awal – walaupun 30 minit lebih awal akan membantu.
Tidak perlu melihat ikon-ikon luar seperti Bill Gates, Donald Trump, Oprah Winfrey yang mulakan aktiviti untuk perniagaan mereka di awal pagi, hadis telah sedia menyebut:
“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari” (Diriwayatkan al-Baihaqi)

Tuesday 24 June 2014

TIPS MEMAHAMI NAIK TURUN HARGA EMAS






Sejarah harga emas daripada 2011hingga ke hari ini harga emas ada sedikit penurunan. Tetapi jangan risau kerana keadaan ini tidak akan berlaku terus menerus. Bagaimanapun harga emas tetap akan naik semula kerana emas KALIS INFLASI. Keadaan begini berlaku kerana banyak faktor luar terutamanya disebabkan faktor ekonomi sekarang yang menggunakan wang kertas yang selalu dimanipulasi pihak-pihak tertentu sehingga jadi begini.

Untuk memudahkan sahabat fahami perangai harga emas, saya senaraikan 6 tips penting. Walaupun mungkin kita tak faham analisis teknikal harga emas (yang agak rumit), insyaAllah kita boleh faham serba sedikit pasal naik turun harga emas ni.

Tips #1: Bila Harga Memucak Tinggi - Perangai harga emas, bila ia naik puncak tertinggi, ia akan turun dulu seketika sebelum naik balik ke puncak yang baru.
Cuma berapa banyak ia akan naik, dan berapa banyak ia turun, tak siapa yang tahu. Bila harga emas cecah puncak yang baru, itu masanya untuk jual emas bagi sesiapa yang nak pakai duit dalam masa terdekat. Bila harga emas turun, tambahkan lagi simpanan emas. Jangan tunggu harga turun lagi sebab ia akan naik balik pada bila-bila masa. Ramai kenalan saya yang tunggu harga paling rendah tapi akhirnya terpaksa beli harga lebih tinggi!

Tips #2: Faktor Turun Naik Mendadak - Naik turun harga emas secara mendadak banyak dipengaruhi oleh faktor ‘fundamental’ yang biasanya diluar jangkaan sesiapa pun.
Iaitu seperti bencana alam, kegawatan ekonomi, kenaikan harga minyak, peperangan, ketidak stabilan sesuatu negara seperti di Timur Tengah, inflasi dsb. Faktor yang telah dijangkakan juga mempengaruhi harga emas seperti nilai US dolar (Matawang US) yang menyusut dan krisis hutang di Eropah dan US. Individu dan bank-bank pusat akan beli emas untuk selamatkan kekayaan mereka bila mereka rasa dunia tak selamat, dan harga emas akan melonjak. Setiap orang perlu menyimpan emas walaupun sikit sebagai ‘insurans’ masa depan. Azizi Ali, Pakar Kewangan Peribadi sarankan tukarkan 10% kekayaan kita kepada emas. Tapi, atas keyakinan saya sendiri, saya tukarkan sebahagian besar simpanan saya kepada emas.

Tips #3: Emas Terus Naik Jangka Panjang - Mengikut indikator yang ada pada masa sekarang (2011), trend harga emas akan terus naik dalam jangka panjang. Mungkin 10 tahun lagi.
Krisis hutang di US dan penyusutan nilai dollar belum nampak jalan keluarnya lagi. Michael Maloney, pakar pelaburan emas & perak menjangkakan krisis ini akan membawa kepada hiperinsflasi dan keruntuhan sistem matawang kertas yang menyebabkan duit kertas tak bernilai lagi. Jangan teragak-agak membeli emas selagi harga emas belum cecah USD5,000 seauns. Harga tertinggi setakat September 2011 baru sahaja USD1,900.

Tips #4: Harga Turun Jangka Pendek Adalah Biasa - Harga emas memang ada turun naik dalam jangka pendek, tapi ia akan terus naik dalam jangka panjang.
Memang tak logik harga emas naik tapi tak turun-turun.  So, jangan risau kalau harga emas turun, terutamanya kalau anda baru sahaja membeli emas.

Tips #5:  Mengukur Potensi Kenaikan Harga - Lagi banyak harga emas jatuh, lagi besar potensi ia akan naik balik. Ini disebabkan kita masih dalam trend harga menaik (bull market).
Kalau anda orang baru, try check dengan dealer emas berapa harga emas tertinggi sebelum ini. Lagi rendah harga emas semasa berbanding harga tertinggi sebelum ini, jangan fikir panjang. Beli jer. Tapi kalau anda baru pertama kali membeli, jangan tengok harga tinggi rendah. Beli jer dulu at least 1 dinar.

Tips #6: Waktu Terbaik Memborong Emas - Bila harga emas jatuh banyak macam September 2011, itu masanya untuk memborong emas sebanyak mungkin.
Bukannya tunggu sebab takut harga turun lagi dan tak naik-naik dah. Harga emas mesti naik balik kalau kita faham isu besar yang hampir pasti akan berlaku pada sistem kewangan sekarang – keruntuhan sistem wang kertas (fiat).

Berdasarkan banyak indikator yang ada pada hari ini, Michael Meloney (pakar sejarah matawang) meramalkan akan berlaku keruntuhan sistem matawang dunia. Jika ianya berlaku, orang paling selamat ialah mereka yang simpan emas dan perak.
Kalau anda faham isu penyusutan nilai US Dollar, krisis hutang US dan negara Eropah, anda akan lebih takut untuk menyimpan duit kertas berbanding membeli emas pada harga tinggi. ‘Krisis’ begini tak mungkin akan selesai dalam setahun dua, bahkan Michael Meloney, penulis buku “Guide To Investing in Gold & Silver” meramalkan ia adalah petanda awal keruntuhan sistem matawang kertas. Harga emas akan terus naik dan duit kertas bakat jadi sama taraf dengan ‘tisu tandas’ kata Tun Dr. M.
Wallahu a’lam.




Saturday 21 June 2014

tahap kewangan anda


Terdapat 4 tahap kewangan bagi sesiapa sahaja. Untuk mencapai kejayaan dari segi kewangan, kita perlu ketahui di manakah keadaan kewangan kita kini. Sama seperti dalam mencapai apa sahaja matlamat, kita perlu ketahui di manakah kedudukan kita kini untuk mencapai matlamat tersebut. Dalam kata lain, untuk sampai ke poin B, kuta perlu ketahui poin A.

Di manakah tahap kewangan anda, adakah ianya pada tahap selamat ataupun tidak selamat? Pastinya semua orang mengimpikan untuk mencapai keadaan bebas kewangan ataupun, lebih daripada itu!
Artikel saya kali ini, adalah untuk anda cerminkan kedudukan anda sendiri dari segi kewangan.
Berikut adalah 4 tahap kewangan tersebut. Di manakah tahap kewangan anda?
#1: Kewangan tidak selamat @ financially not secure
Keadaan ini adalah apabila jika anda tidak mempunyai simpanan pun. Dalam erti kata lain, sekiranya ada pun simpanan, anda hanya mampu menyara hidup anda dan keluarga selama sebulan sahaja. Sekiranya anda hilang kerja esok, sebulan sahaja anda dapat hidup tanpa mengubah gaya hidup dengan wang simpanan yang ada.
Tahap ini amat tidak selamat bagi sesiapapun. Boleh diumpamakan sebagai kais pagi-makan pagi! kais petang makan petang. Zaman modern ini, seumpama kais bulan ni, makan bulan ni! kais bulan depan, makan bulan depan ;)
Masalahnya, ramai antara kita berada dalam keadaan yang tidak selamat ini. Bayangkan sekiranya tempat anda kerja terpaksa melepaskan anda esok. Cukupkah simpanan yang anda ada untuk menyara hidup anda dan keluarga selama satu bulan? Sekiranya tidak, maka, perlu bunyikan siren amaran bahawa tahap kewangan anda tidak selamat!
#2: Kewangan Selamat @ financially secure
Ini adalah pilihan yang lebih baik. Ertinya, umpamanya sekiranya anda berhenti kerja (atau diberhentikan :) ) anda mempunyai simpanan untuk menyara hidup anda dan keluarga anda selama 6 bulan. Sekiranya anda berada dalam tahap ini, tahniah! kerana tidak ramai yang berada di sini.
Enam bulan adalah jangka waktu yang logik untuk seseorang itu mendapatkan kerja lain atau memulakan perniagaan untuk menyambung pendapatan sara hidup. Matlamat utama anda sekiranya anda berada di tahap #1 adalah untuk mencapai tahap ini! cukupkan simpanan anda untuk menyara 6 bulan hidup anda dan keluarga- tanpa perlu kerja!
Bagaimana hendak mencapai keadaan ini? Dengan mengamalkan tabiat menyimpan sekurang-kurangnya 10% pendapatan anda. Sekiranya anda merasakan ianya sukar untuk anda menyimpan 10% daripada simpanan anda, tidak mengapa. Mulakan dengan 2%. Pastinya anda boleh simpan 2% daripada pendapatan anda bukan?
Dengan bermula pada hanya 2%, anda akan menanam tabiat menyimpan, dan merasakan ianya mudah untuk menyimpan 2%. Apabila selesa dengan 2%, tambahkan simpanan kepada 4% sehingga rasa selesa, dan seterusnya 6%, 8% sehingga 10%.

#3: Bebas kewangan / Mandiri kewangan @ financially free
Ini adalah matlamat bagi ramai antara kita. Tetapi, yang mencapainya adalah amat sedikit. Ertinya sekiranya anda berada di tahap ini adalah- anda bebas untuk membuat pilihan untuk bekerja ataupun tidak! Anda mempunyai simpanan atau pun aliran pendapatan secara automatik yang cukup untuk menyara hidup anda sekeluarga sampai bila-bila! Tahap ini, anda tidak perlu kerja lagi (atau menjalankan perniagaan). namun begitu, ramai yang berada di tahap ini, masih lagi meneruskan karier atau perniagaan kerana berasa seronok melakukannya. Bukan kerana terpaksa, tetapi dengan sukarela!
Tips untuk mencapai keadaan ini adalah fikirkan aliran pendapatan berganda secara automatik, contoh seperti menyewa rumah, membina perniagaan yang dikendalikan secara automatik (perniagaan internet) atau membina perniagaan yang dikendalikan oleh orang lain (mungkin pengurus).
#4: Tahap Tersangat @ ultra rich
Tahap ini lagi la sedikit yang capai! teramat sedikit. Mereka ini jenis yang mempunyai wang yang banyak sehingga tak terpakai wang yang dimiliki. Mereka boleh derma beratus ribu ringgit atau berjuta kepada badan-badan kebajikan yang dipilih! nama-nama  seperti Tan Sri Mokhtar Bukhari, Tan Sri Daim Zainuddin, mendiang Tan Sri Lim Goh Tong dan Tan Sri Ananda Khrisnan adalah tokoh-tokoh perniagaan yang berada di dalam tahap ini.
Mereka sering memiliki perniagaan besar-besaran yang dikendalikan oleh beribu-ribu pekerja. Sering kali wang yang dimiliki adalah berlebihan dan tidak terbelanja sehingga akhir hayat, walaubagaimanapun, keadaan ini tidak membuatkan mereka berhenti melakukan kerja dan menjalankan perniagaan oleh kerana, seringkali, bagi mereka yang berada di dalam keadaan kewangan ini, melakukan kerja kerana cintakan kerja- dan bukan wang!
Di manakah tahap kewangan anda dan ke manakah hala tuju matlamat kewangan anda? Tepuk dada, tanya selera!




website jual-beli emas: www.gsr2u.com.my/hakam

blog: www.petiemasanda.blogspot.com

sms / whatsapp: 019-332 6876



Saturday 7 June 2014

video klik GSR (gold silver resourecs)

iklan GSR di kaca televisyen




saksikan video klik diatas untuk melihat sendiri sebahagian produk yang telah dikeluarkan oleh GSR (gold Silver Resources). and juga boleh cuci-cuci mata di www.gsr2u.com.my/hakam. sebarang pertanyaan boleh terus sms, whatapps dll di 0-19-332 6876